Thursday, 20 July 2017

Sexuality


Soalan yang agak common dan quite cliche ?



Sexuality boleh berubah ka ?
Many people say Yes, some say No. Yang banyak kata yes tu aku rasa biasanya daripada straight community. Dan begitu juga sebaliknya dengan mereka yang cakap NO. Entah la labu.

Scientifically, kita boleh explain kenapa manusia dilahirkan sebagai lelaki, perempuan, kembar mahupon tidak sempurna pemikiran atau anggota nya. But when it comes to the sexuality, we still have no answers. Tak ada sapa tahu atau dapat meramal bayi yang dilahirkannya akan menjadi  homoseksual. Apatah lagi menjadi seorang pondan. Gitu noks. Haha. Begitu juga bila kita membesar, perubahan2 fizikal yang berlaku pada kita, melihat bentuk mata, rambut, mulut, telinga dan sebagainya, ini semua mempunyai penjelasan secara saintifik dimana kita mewarisi nya melalui genetik daripada ibu dan ayah. Terdapat allel yang dominant dan resesif yang menentukan ciri2 fizikal yang kita warisi. How about sexuality ? Hurmm, tak ada jawapan pon.

Ramai orang mengaitkan sexuality ini berkait rapat dengan hubungan emosi. Setiap manusia akan melalui revolusi dalam emosi nya yang akan mempengaruhi sexuality seseorang itu. Sebab itu mereka kata, ramai straight yang pada mulanya adalah heteroseksual boleh menjadi biseksual dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan faktor persekitaran seperti cara dibesarkan, orang2 sekeliling yang akhirnya memberi kecenderungan seksualiti pada seseorang. Benar kah ? Ada yang cakap ya, dan ada yang cakap tidak. 

Pertamanya, semua orang kena paham, sebelum kita sembang pasal bisex bagai, masing2 kena terima yang golongan homosexuality memang wujud. Bukti2 arkeologi menunjukkan bahawasanya, perhubungan sesama jantina ini dah berlangsung beribu2 tahun sebelum ini. Malah, dalam Quran, indirectly Tuhan sendiri pon acknowledge yang memang wujud mereka yang bersifat homoseksual ini melalui kisah kaum nabi Luth. Sayang nya naratif di dalam Quran, majoriti menerima dan memahami golongan homosexual sebagai sesuatu yang tidak langsung diterima tuhan lantaran azab yang diterima mereka. 

Pernah kah kita berfikir, mereka yakni umat nabi Luth diazab asbab atas perbuatan mereka sendiri dan bukan kerana mereka golongan homosexual. Maka, apakah perbuatan mereka yang menjadi murka pada Tuhan sampaikan hampir keseluruhan kaum Luth dihancur Tuhan? Kalau sebab mereka berdosa kerana homosexual, kenapa isteri Nabi Luth juga tidak diselamatkan sedangkan Luth dan anak2 nya selamat. Apakah sebelum umat nabi Luth, tidak ada manusia gay ? Itu belum ko baca Old Testament lagi, anak2 nabi Luth ni siap rogol ayah dia dalam gua sampai beranak pinak. Incest sangat.

Tuhan tidak cerita banyak, tidak juga panjang ...entah kenapa .. hurmm. Tapi kalau orang boleh memberi perspektif yang berbeza dalam kisah umat nabi Luth ni, antara menjadi seorang homosexual dan juga melakukan perbuatan jahat (jenayah). Ada beza nya ...

Berbalik pada cerita sendiri, pernah kah Nu'man mencoba menukar sexuality nya ?
Soalan yang tak perlu dijawab kerana SEMUA gay yang wujud di dunia pada hari ini ataupon masa2 lalu, keSEMUAnya aku percaya pernah struggle untuk menjadi straight. 

Masa2 remaja yang patut aku nikmati dan enjoy dengan gembira, kebanyakkan nya dihabis untuk meratab nasib sendiri. Huhu. Apa saja yang aku tak buat. Dekat kan diri dengan Tuhan, sembahyang berjemaah setiap waktu, berpuasa sunat, membaca Quran walaupon satu patah haram tak paham masa tu, bersolat tengah malam, menangis dalam doa, mencuba untuk menyukai wanita, bersukan sebab masa tu fikir, laki yang tak bersukan ada potency jadi gay ..hahaha. Semua nya pernah buat .. tapi Allah tak makbul untuk jadi straight.

Tak berputus asa, bila meningkat dewasa, aku cuba mengorat perempuan walaupon diam2 sahaja, tapi di tengah jalan dah mengalah. Haha. Mencuba juga tengok video porno perempuan ... tapi bila perempuan tu start telanjang, aku dah gelabah dan terus tutup. Demn. Geli tengok women's breast ..apatah lagi kelentit nya. Sampai usia hari ini, percayalah Nu'man tak mampu nak tengok langsung aset perempuan yang mereka banga-banggakan itu. Bukan sebab menjaga penglihatan tapi sebab ada rasa mual dalam hati yang menolak kuat. Eww gituh.
Ehh solehah sangat perangai ko. Wakaka.

Di akhir jalan, aku terima seadanya diri ini sebagai seorang gay. 

Bagaimana ini bermula? Lebih kurang 5 tahun lalu, aku ada terbaca satu buku .. bukan pasal LBGTQ tetapi mengenai critics dalam Islam hari ini .. Started dari hari tu, aku mula membaca Quran dengan niat untuk menyingkap makna setiap ayat2 yang Allah bagi ... to make it short, lama2 aku menjadi seorang Muslim yang progresif. Sebab apa yang aku baca dan paham, banyak berbeza dengan apa yang pernah aku amalkan sebelum ni. Apakah aku seorang yang rebellious dlm agama ? No, im not. Aku cuma jumpa salah satu jalan  .. yang boleh beri aku ketenangan dan keyakinan.

Macam mana Tuhan cakap dalam Quran, dalam anugerah kalam Nya, terdapat ayat2 yang bersifat mutasyabihat dan samar2 maknanya. Tidak ada sesapa yang mengetahui nya dan dapat menjelaskan nya. Tidak juga disebut ayat yang mana. Maka aku percaya, tidak ada orang yang baca Quran yang sama akan mempunyai pandangan yang sama dan itu Allah acknowledge dalam Quran melalui ayat2 mutasyabihat ini. Aku juga berpandangan, tidak ada sapa boleh mendabik yang dia lebih paham Quran melebihi orang lain. Satu ayat saja Allah bagi, hikmah nya berbagai. Katakan lah, aku juga mungkin tersalah jalan dan tersesat arah dalam mencari .. tapi Allah juga berfirman Dia boleh campak kan hidayah  kepada sesapa yang dia suka. Apa makna nya itu? ... hurmm bagi aku itu harapan. Tak ada sapa boleh letak label pada ko, selagi Allah belum muktamadkan. Dengan harapan ini, aku merintih akan kasih sayang Tuhan ... moga2 ada terselit nama Nu'man di ingatan Nya walaupon pada list yang terakhir. Gituh.

Maka, soalan tentang seksualiti ini tidak lagi wujud dalam pegangan hidup aku. Sama ada mahu menjadi straight atau tidak, bukan lagi persoalan yang aku perlu pikir. Orang masih tanya, boleh ke sexuality berubah. Ya, dengan izin Tuhan tapi perlu ke ? Is that necessary ? Being a gay tak layak dapat kasih sayang Tuhan ke? Tuhan tak cakap pon kan ... cuma cakap2 orang saja. So kenapa perlu tukar sexuality ... yang perlu tukar .. attitude. Kann. P/s. Anyway kalau ikut common sense aku, aku percaya sexuality tak boleh berubah. Cuma sebab kepercayaan aku pada Tuhan melebihi common sense dan menjangkaui kemustahilan .. I just leave a blank space there.

Apapun, Nu'man ... dunia dan akhirat, tidak ada apa yang akan berubah pada sexuality ini. I am gay and always be gay. Biarpon seluruh gay di dunia ni berkemampuan dan nak berubah jadi straight .. I dont want. Tak nak dan Tak Nak !!  Rasa lebih disayangi Tuhan dan orang bila begini. :p

I am so comfortable now with my feeling and sexuality. 


Psst : Kalau ada straight yang rasa boleh tukar sexuality Nu'man .. please take me. Kita stay bersama2 for few months .. and lets see what's gonna happen. Jangan cakap, abam tak warning tau nanti ..wakakaka. Bluerkk ..




8 comments :

  1. Sexuality memang tak boleh berubah. Kalau seseorang itu dilahirkan lurus beliau tidak akan jadi bengkok dan sebaliknya. Tetapi napsu tersebut boleh dididik dan dikawal. Jiran my mum dulu hadek2 patah k. Tapi kahwin dan dapat empat orang anak. Seingat aku takder la dia dok berangkut dgn jantan ke apa. Benda ni rasanya genetic tetapi dlm konteks dunia modern hari ni faktor persekitaran sgt2 mempengaruhi. Golongan homoseksual nak cari jantan senang sgn adanya internet. Tahun 90an dulu mirc popular. Ramai cari jantan guna mirc. Org dulu2 mesti ada yg homoseksual tetapi agak terbatas sbb nak cari jantan mungkin susah sikit. Kalau yg minat jantan tu mungkin diaorang cari lelaki lembut atau mak nyah sbb senang kenal kan. Bapok atau pondan ni mmg suka perhatian dan tergedik2 depan masyarakat. Kowsers.

    Kisah dalam al quran bukan semuanya terperinci kecuali kisah2 tertentu. Allah turunkan ayat2 dan kisah2 tersebut untuk bagi amaran kepada manusia. Aku fikir kenapa Allah beri amaran tentang balasan yg Allah timpakan kepada kaum nabi luth kepada kita melalui Rasullulah sbb Allah tahu manusia akhir zaman akan cenderung untuk kembali mengikuti apa yg kaum nabi luth lakukan. Rasullulah dalam hadithnya pun ada sebut yg baginda bimbang yg umatnya di akhir zaman akan mengikuti jejak kaum nabi luth. Kisah kaum nabi luth tidak perlu in great detail. Cukup sekadar kita tau yg perkara tersebut haram, dilaknat Allah dan akan menerima balasan yg keras oleh Allah swt.

    Kenapa isteri nabi luth juga dimusnahkan Allah? Sebabnya beliau juga termasuk dalam golongan yang melampaui batas. Allah dah sebut lelaki mengadakan hubungan seks dengan lelaki ni tidak pernah dilakukan oleh umat manusia sebelumnya malah mereka sehingga berani melakukan secara terbuka dan menerima itu sebagai satu cara hidup. Keadaan yg sama berlaku di negara2 barat yg ada orang rasa bangga sbb negara2 ini iktiraf perkahwinan sejenis. Mmg menempah bala Allah. Sungguh.

    Terdapat sekuran2nya 10 kes incest dalam bible. Mmg giler dah mcm baca buku porno. Siap ajar mcm mana nak commit incest. Buku mcm tu org kristian dakwa daripada Tuhan. Memang merepek. Apa pengajaran daripada kisah2 tu pun kita tak tau. Sampaikan nabi Allah pun diaorang tuduh amalkan incest. Gila. Sebab tu kadar incest di US dalam kalangan penganut kristian tinggi. Sbb diaorang belajar dalam bible.

    Aku tak pasti samada sexuality kita ni sama selepas kita mati. Ingat lagi my friend ni ckp. Dia ada perasaan teehadap lelaki aku rasa sbb dia kata kalau di dunia homoseksual haram tetapi di akhirat dia kata benda yg diharamkan di dunia dibenarkan di akhirat. Tetapi aku rasa oleh kerana homoseksual itu Allah laknat di dunia maka di akhirat pun Allah laknat juga sbb benda tu bukan fitrah kejadian manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks anon for ur comment and critic. We might have dif. view but I do respect urs.

      Sebagai contoh, awk ckp Allah sebut hubungan homoseksual tak pernah dilakukan manusia sebelum umat Nabi Luth. Takrifan statement ini drpd 7.80 contradict dengan archaeological findings yang kita ada pada hari ni

      As a guidance for time lines (estimate)
      Men of Sodom (umat nabi Luth)=1800 B.C

      Long before that, we had
      King Neferkare and General Sasenet = 2300 B.C
      Niankhkhnum and khnumhotep tomb = 2450 B.C

      Di Sierra Da Capivara national park Brazil, the archeologist juga jumpa paintings on rocks mengenai illustrasi stone age homosexual sex practice, lebih kurang 12,000 tahun lalu (lebih lama dpd Loth).

      Maka saya beranggapan, verse 7.80 yang Allah mention, is referring to something other than loving same-sex relationships, unless proven otherwise. Mungkin juga merujuk kepada perbuatan seks yang melampau oleh umat Nabi Luth terhadap rakyat (lelaki) kasta bawahan. Adalah tidak logik untuk assume mereka adalah golongan gay tegar, kerana mereka mempunyai isteri dan anak2 tetapi meninggalkan isteri2 mereka hanya untuk melempiaskan nafsu kepada lelaki (7.81)

      Jujurnya saya tidak pernah menyokong dan membenci pelaku2 seperti ini. Dalam konteks pegangan saya, tidak ada istilah seks paksa, tidak ada oppression, suppression dalam hubungan, juga tidak ada penglibatan dengan mana2 mereka yang heteroseksual .. everything is about acceptance, love, loyalty and monogamous relationship. Agak keberatan untuk menerima ini sebagai suatu perbuatan kejam di sisi Allah. But only Allah knows ... I might be wrong.

      Ur frend tu mungkin berfikir sedangkan arak yang menjadi haram di dunia, disediakan sungai yang mengalir arak untuk diminum di dalam syurga, kenapa tidak dengan sexuality. Kalau tujuan lelaki dan wanita untuk menghasilkan zuriat, itu semua sudah tidak ada tujuan lagi di dalam syurga. Everything dalam syurga adalah limitless. Tak ada gambaran tentang nya. Tetapi tidak salah untuk berharap, as long it keeps us close to Allah. Kisah lelaki beriman yang disediakan bidadari2 syurga yang cantik meletop itu tidak sedikitpon menguatkan iman orang2 seperti saya mahupon gay yang lain untuk mahu masuk syurga. If heaven is created for straight only, then I would know my place already in the hereafter. If straight ppl dont want someone like me with them in the heaven .. i guess, I dont belong there either. Life is so difficult ..di dunia juga akhirat. Adehhh .. still it's not gonna change who I am.



      Delete
    2. Numan, ko kena faham bukti2 arkeologi dalam bentuk lukisan di dinding tu semua adalah berdasarkan interpretasi penyelidik jer. Interpretasi ini boleh jadi betul dan boleh jadi tidak. Aku masih lagi berpegang kepada sumber al quran yg datangnya daripada Allah. Bila Allah kata perlakuan homoseksual tidak pernah dilakukan oleh umat sebelum umat nabi Allah lut maka aku percaya ia tidak pernah dilakukan.

      Delete
    3. Yea ..you rite. Intrepretasi. Boleh jadi betul, boleh jd tidak. The same concept applies to 7.80. Perkataan 'fahishah' yg Allah guna utk gmbarkn tidak pernah berlaku pd umat sebelum ni .. is too general, boleh jadi unlawful homosexual act, loving same sex r/ship, male rape atau ape2 saja berkaitan perlakuan seksual yg menyimpang. You might find as well perkataan fahisha yg membawa maksud lain dlm quran. Come again, quranic verses juga adalah intrepretasi pmbaca.

      Bagi majoriti ...fahishah dlm 7.80 adalah perbuatan homoseksual ..x kira la dgn consent atau paksa rela.

      Bagi minoriti ..fahishah dlm 7.80 adalah perbuatan homosexual yg melampaui batas .. dlm konteks kisah nabi luth, they were not originally homosexual being. I believe so.

      Well .. of course archeological evidences bukan lah definite. Sb tu ak kata until proven otherwise. Mereka yg ckp homosexual tidak ada sblum umt nabi luth .. juga mgguna intrepretasi 7.80.

      One more .. apakah gay pada zaman nabi luth dan gay pada hari ni patut di sama ratakan ? Then wut happen to 5.51 bila Tuhan melarang berkawan dgn jews n christianity. Of course 5.51 tidak dibawa ke zaman sekarang kerana islam itu harmoni. 5.51 berada dlm konteks zaman itu sndiri. Mungkin ..i dunno.

      Ayat pasal Allah duduk kt arasy pon ulama dok bergaduh sb masing2 ada intrepretasi berbeza. Siap kafir mengafir lagi. Come again, how do we know our intrepretation lebih tepat dan benar drpd org lain ?

      That is life ..full of intrepretation until the day we meet Him (for a believer).

      Waima .. U re not wrong pon.




      Delete
  2. yeay..ade lg post baru...tiap2 ari tao kite tunggu awak post new entry...gigih x kite?..haha..I think terlalu banyak faktor yg menyumbang pada sexuality ni..dan ia berbeza bagi setiap individu..cthnya diri sendiri...masih struggle mengenangkan diri yg 'sesuatu' ni..n i cant be like u..I cant be that 'soul without shame'..thus, I am still looking what can I do that will make me happy and at the same time yg 'DIATAS' pon xmurka...masih mencari..susah..but not impossible...ada pasangan hidup sekarang, and op coz its a 'he...coz I cant be alone..I need someone..and that someone cannot be a women...xboleh nk berkasih syg dgn yg di panggil 'wanita' ni...SI boleh..tapi berkasih syg...xboleh p org utara ckp...yg pasti..HARAM tetap HARAM...pernah tanya ustaz, cmne hidup sy ni..ustaz ckp, jadi GAY xsalah..tapi melakukan perbuatan GAY itu membuatkan kita bersalah...and that where I'm at my wit's end...yela..cmne org gay..tapi xboleh buat perbuatan gay..haih...koserlah...p/s...Is there any way I can contact encik numan?email ke..sbb nk mtk no tepon...nampak sgt kan...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila menulis blog ni, I have no intention to persuade ppl to be like me (accepting gayness).
      Setiap orang ada journey dia sendiri dan ada macam2 pilihan dia boleh buat dalam hidup.
      Saya mungkin ada prinsip, tetapi saya tidak boleh cakap saya betul. What is truth actually ?
      Saya cuma build up my confidence dan juga inner peace so that someday, saya ada something untuk present depan Tuhan saya. Saya boleh lulus ataupon failed teruk .. I dont know.

      In fact, hari2 saya bertanya pada diri .. betul ke apa yang aku rasa ni. Tak ada jawapan, cuma berdoa kat Tuhan sejauh mana hati ni melangkah, minta supaya tak dipalingkan daripada pandangan Nya. Walaupon seluruh dunia against me .. selagi ada Dia dekat dalam hati ni .. I can endure this. Tapi masalah nya, on off juga rasa bertuhan ni. Kadang2 baik macam malaikat, tapi bila jahatnya mengalahkan iblis. Hahaha. Mungkin ini perang jihad untuk diri saya barangkali. Huhu.

      You can reach me at numan.qatadah@gmail.com ..linked to hangout as well.

      Delete
  3. Boleh berubah ke tidak aku pun tak tahu. But kuasa Allah kita tak tahu kan.
    As for now aku masih lagi gay. So yeah thats me. Tapi takda la aku suruh jantan straight jadi gay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau straight pon takleh imagine themselves berubah jadi gay, the same thing for gay.
      Rasa pelik sangat awokk .. haha.

      Delete