Thursday, 6 July 2017

Future me

Jumaat yang lepas, satu lagi detik bersejarah buat pencinta LBGT. Sekarang uols dah boleh kawen dekat German sesambil berangan pre wedding photoshoot dekat Tembok Berlin. Haha. Ini sekaligus menjadikan German, negara ke 23 menghalal kan perkahwinan sesama jenis (by law). Kalau ikutkan penghalalan gay marriage ni takde lah lama sangat. Masih remaja lagi kata orang, sebab tak sampai pon 20 tahun sejak Belanda menjadi negara pertama yang mengiktiraf perkawinan sesama jenis pada tahun 2001. Bagi pasangan LBGT, besar makna nya ni sebab mereka bebas praktis kehidupan normal macam orang lain (perkahwinan, penceraian dan juga mengambil anak angkat) dengan tertakluk kepada kuasa undang2.

Ikut kronologi negara2 yang menghalalkan perkahwinan sejenis ni

2001- Belanda
2003- Belgium
2005- Spain and Canada
2006- Afrika Selatan
2009- Sweden and Norway
2010- Portugal, Iceland and Argentina
2012- Denmark
2013- France, Brazil, Uruguay, New Zealand
2014- UK (excluding Ireland Utara)
2015- Ireland, US, Luxemburg
2016- Colombia and Greenland
2017- Finland and Germany

Coming soon, Taiwan dalam proses untuk legalize same sex marriage sekaligus akan menjadi negara Asia pertama berbuat demikian. Kalau kita tengok negara2 ni, kebanyakkan nya adalah negara2 maju yang menguasai sains dan teknologi. Apakah mereka bodoh ? Apakah mereka semua akan masuk neraka kerana bukan negara Islam dan tidak mengharamkan homoseksual ? I dunno. Kita bersenang lenang dalam tamadun sekarang pon kerana sumbangan sains dan teknologi mereka. Berhak kah kita nak cakap mereka bodoh. Sedangkan negara2 Islam hari ni pon, sibuk dengan isu2 remeh dan bermusuh sama sendiri. Ibarat kita nak orang dengar cakap kita, tapi hidup kita tak relevant pon pada orang tu.

When it comes to practicality, aku yakin common sense diorang tinggi. Mereka sedar yang marriage is for everbody. Tak ada sesapa pon patut menafikan hak pasangan yang mahu berkahwin untuk membina keluarga sendiri, tak kira hetero ataupon homo. Dan ia nya tak menyakitkan sesapon pon kecuali golongan2 yang merasakan ianya seperti menentang Tuhan. Tuhan yang begitu subjektif. Entah lah ...

Nu'man ... I'm not against same sex marriage even though I am Muslim. Justifikasi aku ? No need, aku secara peribadi merasakan ianya hanya memerlukan common sense jah. Makan bila lapar. Berak bila sakit perut. Tido bila mengantuk. Kahwin bila nak bina family. Soal common sense tak perlu define jantina mahupon sexuality orang. Semua ada hak yang sama. 

Tapi dalam Islam seperti mana yang kita paham sejak turun temurun, tak boleh. Haram dan berdosa mengikut ulama. Aku quote ulama untuk menegaskan dalam Quran, Allah tak sentuh pon tentang perkahwinan sesama jenis ni. Walaupon begitu, ramai akan requote balik ayat Quran tentang kisah kaum Nabi Luth sebagai justifikasi semua ni adalah haram dan berdosa besar. Aku terima. Takde masalah. Cuma, aku mungkin memahami kisah kaum Nabi Luth dengan konteks yang berbeza dan untuk itu biarlah Tuhan saja mengadili nya. Boleh kan berbeza pendapat dengan Nu'man sebab Nu'man sendiri pon memahami dan acknowledge pandangan mainstream agama dalam isu ini. Cuma, hati ini berat saja untuk menerima. Spesis rare gitu orang cakap. Haha. Spesis rare ni untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau tak ke jannah, jahanam la aku. Adessss.

Jangan ada pulak yang sinis lepas ni tanya, so bila ko nak kahwen dengan jantan Nu'man ? Come on ...

Read this ..

Aku orang Melayu beragama Islam. Percaya Allah walaupun hidayah tak sama macam kebanyakkan Muslim. Oh .. boleh juga baca mungkin aku langsung tak berhidayah bagi rata2 orang. Sedih pandangan orang begitu tetapi aku tak hidup nak mengikut kata2 kebanyakkan orang. Walau berbeza aku pertahan kan. Jujur nya, kalau boleh memilih, aku mengimpikan lelaki berperwatakkan Melayu sama seperti aku. Mempunyai ras bahasa yang sama, lenggok kehidupan yang tidak lari jauh daripada budaya. Akar melayu nya harus kuat tersemat di dada, tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan aku seada nya. Tiada riak was2 di mata nya. Lebih afdhal jika lelaki Melayu itu mencintai aku demi Tuhan nya.
Sekarang, bagitau aku di mana ada lelaki Melayu dan beriman, yang sanggup berkahwin dengan Nu'man dan mencintai Nu'man seadanya demi Tuhan nya ? Sehingga waktu itu tiba, simpan lah soalan itu tentang bila dan patut kah Nu'man berkahwin  :p


P/S Walaupon aku jenis proud gay dalam diri, tapi dalam dunia ni banyak lagi perkara indah boleh buat yang takde sangkut paut dengan sexuality. Pintu2 kebahagiaan Tuhan ada banyak dan macam-macam. Kalau pintu perkahwinan belum Tuhan mahu buka, takpa la. Nu'man tunggu dan sementara itu enjoy dulu dengan pintu2 kebahagiaan yang lain. Gituuu motibasi nyaaa. Kehkeh. Masa depan masih lagi misteri buat kamu dan aku.

Oh ye, baru nie keluar berita pasal lebih 700 ribu bujang terlajak beraya .. komer la tuu ..kehkeh. Untung la juga zaman sekarang ni, ramai yang memilih hidup bujang, so xde la tertekan sangat sebab dah jadi macam trend kan. Tak kahwin takpa, tapi kalau tak laku ... hurmm itu yang seteressssssss ..hahahaha.

Kalau nak kawen, jangan lupa jemput kita tau ... :p
Yang kita tau, ramai pondan Melayu je yang kawen kat oversea.
Where are u gaysssss ... ?? Setakat upload vid dekat Tumblr jah .. batak low class sangat. Haha.




26 comments :

  1. welcome back nu'man. so, bila nak kawen dengan jantan melayu dan adakan majlis resepsi di tembok Berlin?
    haha~

    ReplyDelete
  2. Benda haram tetap haram. Hanya golongan sekular jer terima perkahwinan sesama jenis. Kita ni bernasib baik sbb Allah perkenankan doa Rasullulah utk tidak timpakan bala kepada umatnya seperti Allah timpakan bala kepada umat2 sebelum kita. Allah dah bagi bala hiv/adis masih belum takut ke? Jgn lupa yang hiv/aids dijumpai dalam golongan homoseksual. Misalnya di Perancis, pada awal tahun 80an hiv/aids ditemui dlm 14 orang lelaki homoseksual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My response

      1. Benda haram tetap haram - takda sapa nak menghalalkan apa yang haram bagi kamu. Treat me the same way.

      2. Hanya golongan sekular jer terima perkahwinan sesama jenis - thanks to secularism, w/o them manusia masih dibelengu agama yang konservatif. Anyway, ada saja Kristian mahupon imam2 gay Islam yang menjadi ahli kitab and they are not secular at all. Di UK dan France pon, ada masjid untuk gay, siapkan nikahkan pasangan gay Muslim lagi.

      3. Allah perkenankan doa Rasullulah utk tidak timpakan bala kepada umatnya seperti Allah timpakan bala kepada umat2 sebelum kita - another fairy tale by so called Muslim. Berapa banyak sudah manusia2 tidak bersalah di negara2 Islam menjadi korban perang. Kalau itu bukan musibah, barangkali jihad mungkin. :p Belum lagi yang mati kena penyakit dan tak cukup makan kat Afrika yang kering kontang tu. Bukan bala, ujian barangkali. Bila mai dekat hiv/aids terus cop gay terus cakap bala. Hurmmm ... bukan kata Rasulullah saja, kita manusia biasa yang berdosa ni pon kalau berdoa kat Allah pon, Allah bagi.

      4. Allah dah bagi bala hiv/adis masih belum takut ke? - Allah tak bagi dekat gay saja cek oii. Orang tak gay pon boleh dapat hiv/aids bagai. Barangkali kalau tulis Allah bagi bala dekat mereka yang suka bertukar2 pasangan sex, tukar2 jarum dadah ..nampak molek dan ilmiah skit. Hehe.

      5. Jgn lupa yang hiv/aids dijumpai dalam golongan homoseksual - padan la homoseksual tu gatai sangat nak main macam2 jantan. Padan muka diorang. Tapi hetero yang tak pernah main sesama jenis macam mana pulak hiv/AIDS datang ? Mesti penularan melalui udara kan melalui hingus2 gay nie. Jahat gay ni. Hahaha.

      Maaflah kalau respon sinis .. saja jer. Saya bukan penyokong LBGT tegar yang mati2 menyokong mereka walaupon salah. Saya menyokong tegar setiap manusia perlu diberi pilihan untuk hidup sebagaimana fitrah dia. Sy paham dan terima pandangan sedara.

      Anyway, about history of HIV .. it was 1st identified in man from Congo through blood verification. Tapi dipercayai bukan kes pertama, sebab 1920s lagi scientist discover HIV datang daripada cross species antara chimpanzee dan human (eg. hunter). Apapon it still debatable kalau ada new finding. Yang menjadi hoax nya, HIV secara official nya declared as new health condition pada 1980an ..kebetulan kena kat gay pula masa tu. Eventhough pada hari ni, HIV ni banyak jangkit gay ..bukan sebab sexuality mereka tapi sebab lifestyle mereka. Jangan lah pukul sama rata. Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.

      Kurangkan rasa extremis, hidup lah berharmoni, hormati perbezaan, insyallah dapat rasa syurga Allah dekat dunia lagi sebelum datang nya akhirat. :p







      Delete
    2. Ko ni nampak sangat tak suka membaca. Kalau ko rajin membaca ko mesti tau sejarah hiv/aids di usa dan Europe. Ko cuba google pasal Francoise Barre-Sinoussi (nobel prize recipient)..kat situ ko akan tau yg hiv/aids mula2 sekali dlm dijumpai dlm kalangan pengamal homoseksual di Perancis. Ko tau sebab apa? Sbb dlm al quran Allah dah sebut aku akan timpakan penyakit yg tidak ada pada umat sebelumnya kepada pengamal homoseksual yg korang panggil gay..perkataan gay yg indah tu korang rosakkan..sekarang ni nak guna perkataan gay pun dah malu sbb takut org salah faham.

      Tak payah nak rasa bangga sangatlah dengan homeksual. Sekarang boleh la rasa bangga. Dah mati masuk dalam kubur masa tu nak tgk ko nak rasa bangga ke tak.

      Ko ingat kisah yg Allah citer dalam al quran ttg kaum nabi luth yg main bontot kisah dongeng ke? Hidup di muka bumi ni pun sbb ehsan daripada Allah..ko jangan nak angkuh dan berlagak dgn Allah.

      Delete
    3. Sedara cakap 'Sbb dlm al quran Allah dah sebut aku akan timpakan penyakit yg tidak ada pada umat sebelumnya kepada pengamal homoseksual yg korang panggil gay'

      Nu'man reply ..minta verse mana dalam Quran, Allah cakap macam tu saya nak buat homework. Kalau takde, saya kira sedara telah melakukan fitnah terhadap Tuhan. Baik lah menjadi gay macam saya daripada tabur fitnah kat Allah. Kehkeh.

      Saya harap saya salah. Biasa la penuh khilaf.

      Mungkin juga Tuhan saya berbeza dengan Tuhan sedara ..
      Tuhan saya baik .. takde pon dia cakap dia bagi HIV/AIDs sebab saya gay ..

      Siap cakap “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
      (QS. Asy Syuuraa: 30)

      Tak adil la nak cakap Tuhan bagi HIV untuk gay saja sedangkan yang bukan gay pon ada HIV. Merujuk ayat kat atas, saya masih berpegang, it's about your lifestyle. Walaupon begitu, Tuhan masih memaafkan kalau kita meminta maaf. Baikkan Tuhan Nu'man.

      Dan kalau lah sekalipon kita sakit .. penamat hidup kah ? Tidak, pada mereka yang beriman dan percaya dengan ayat ni ..

      “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” [QS Asy Syu’ara: 80]

      Delete
    4. Ko tak boleh nak nafikan yg hiv/aids bermula dalam komuniti homoseksual. Ini bukan aku yg ckp tapi saintis dari Barat.

      Ko ni nampak sangat yg cetek pengetahuan tentang sifat2 Allah. Daripada nama2 Allah kita tau yg Allah bukan sahaja bersifat maha pengasih dan penyayang. Allah juga bersifat maha sombong..maha pembengis..jangan lupa di akhirat nanti bukan hanya Allah sediakan syurga tetapi juga neraka.

      Ko ni bila baca quran jangan hanya cari ayat2 yg sedapkan hati ko sahaja. Kalam Allah yg beribu tu mcm2 Allah sebut. Ko tak terfikir ke knp Allah ceritakan ttg kaum nabi lut yg Allah hapuskan kepada Rasullulah utk pengetahuan kita. Sbb Allah nak bagi peringatan kepada umat akhir zaman jangan buat jadi homoseksual mcm kaum nabi lut. Benda ni melanggar fitrah kejadian manusia. Allah cipta lelaki dan pasangannya wanita..bukannya lelaki dgn lelaki. Pastu bangga pula jadi homekseks dan berumahtangga pula. Ini semua mengundang bala Allah. Kalau nak jadi pengamal homoseksual tolong keluar daripada bumi Allah ni. Pi buat kat tempat lain. Allah dah sebut dalam al quran dgn jelas lelaki yg buat seks dgn lelaki telah melakukan dosa besar.

      Ko ni pandai nasihat aku jangan jadi ekstrimis. Ko tak sedar yg puak2 main bontot inilah golongan eksterimis. Puak2 yg kawin sesama jenis inilah yg ekstrimis.

      Delete
    5. Still waiting for your Quran verse ..

      I rest my case until then.

      P/S Indeed you are extremist .. because you cant accept ppl that are different than you, siap halau keluar dr bumi lagi. Adehhh ... terrorist in da making :p Tuhan pon tak pernah halau orang kafir drpd bumi .. hurmmm ..geleng kepala.

      Delete
    6. Maaf..saya salah pasal ayat al quran tersebut. Sebenarnya hadith yg diriwayatkan oleh ibnu majjah. Maaf sekali lagi.

      Delete
    7. Terpanggil untuk tinggalkan comment for this anonymous. Although Allah ada capability untuk menjadi sombong dan pembengis, tapi kita as Muslim tak boleh menyandarkan attributes begitu because it is like stating that Allah is weak and not a good God, that is, in my opinion.

      One more thing, mohon berdebat dgn kata2 yang lebih baik ya. points ada tapi cara penyampaian out. Also, kita berdebat bukan untuk menang dan menegakkan apa yang kita rasakan benar. Maybe you unintentionally berdebat untuk menang tapi selaku pembacam it looks like that. Tak semestinya yang benar untuk kita benar untuk orang lain.

      P/S Kudos for you sebab berani meminta maaf setelah silap and tak hanya diam just like that. Be cool okay!

      Delete
  3. Aku harap ko baca la laporan yg dikeluarkan oleh CDC kat Atlanta tahun 2016. Kalau ko malas baca meh sini aku bagitau ko..menurut CDC golongan homoseksual di US merupakan golongan yg paling berisiko dgn jangkitan hiv berbanding golongan heterosexual. Ko ni baru hidup ni aku rasa. Masa 80s dulu hiv/aids orang kenali penyakit golongan homoseksual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbanding golongan heterosexual - Hurmm I thought it is solely gay disease .. :p

      Delete
  4. Begitu juga dgn hiv/aids kat US. Ia bermula dlm kalangan komuniti homoseks kat San Francisco.

    Sekarang ni mmg la semua org tak kira homoseks atau bukan sbb dah jadi wabak. Kalau peeingatan Allah dalam bentuk penyakit yg takder penawar setakat hari masih lagi tak rasa gerun tak tau lah nak ckp apa.

    Kalau tak takut pun dengan azab Allah di akhirat sbb tak nampak sekurang2nya rasa lah gerun dgn penyakit yg Allah timpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I thought, the concern regarding HIV/AIDS nowadays is surrounding human right issues rather than epidemic. It is preventable. Soon will be treatable. Yang penting jaga lifestyle, jangan buat bukan2 macam tukar2 partner, insyallah tak lekat HIV/AIDS ni.

      Sedara tidak boleh menghakimi urusan saya dengan Tuhan. Tapi minta maaf lah kalau urusan saya dengan Tuhan saya membuat hidup sedara tak tenteram. I cant help. Saya sedar sy banyak dosa yang perlu byk pengampunan drpd Tuhan. Tengah cuba la ni.


      Delete
    2. Nu'man..he/she is totally not ur league/level....biarkan sajor...I;m pretty sure die ade sejarah dgn Gay ni..

      to so called 'anonymous'...I bagi pihak yg not so straight ni nk bagitao, Syurga/Neraka tu urusan Allah...and mcm Nu'man cakap..HARAM tetap HARAM...cuma jgnla stereotype kan sume gay tu masuk neraka...

      Delete
    3. Wei..bila masa aku cakap semua gay masuk neraka? Aku hanya sebut apa yang Allah sebut dalam al quran, mereka yang melakukan hunungan seks sesama jenis telah melakukan dosa besar. Perkahwinan sesama jenis adalah haram. Ia melanggar fitrah manusia.

      Tak takut ke dengan azab Allah? Tak takut ke Allah cabut nyawa waktu tengah melakukan hubungan seks dengan pasangan sesama jenis? Tak payah lah dok layan sangat napsu tu. Ingat sama dengan azab yg Allah akan timpakan. Di dunia boleh la cakap angkuh. Di akhirat jangan menyesal pula.

      Delete
  5. Biar la brader tu Nu'man. Closet gay kot. Aku harap dia dapat cari ketenangan, self hating truly suck. By the way I got married with my wife in NZ last year, just a simple ceremony for us. We are legal in 23 countries LOL! Homophobes can wallow in misery for all I care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a I knew it ..saja ja layan. Kehkeh.

      Anyway, congrats on ur wedding. Good for you. Take good care of ur wife and kids. Kalau nak hadiah, bagitau la. I'm coming home soon. :p

      Delete
  6. dah macam forum dah ruang komen kau ni Nu'man...gigih jugak aku baca and cuba hadam...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut aku buat forum cari jodoh kann ..hihi

      Delete
  7. I olls nak komen ni pun takut kena bash.
    But still thanks for the infor dalam each komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak hapdate cinta terlarang dengan hadek angkat tu Dom .. kehkeh

      Delete
  8. Aku syak anon yang ajak ko berdebat tu anon sama yang meroyan dalam blog aku...HAHAHA!

    Layankan je Nu'man oiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memandai tuduh aku meroyan dalam blog ko. Blog ko pun aku tak tau. Boleh blah la wei. Aku baca blog numan jer.

      Delete
    2. ye la kamen..mane de die meroyan kat blog ko..die meroyan kat blog numan je...kata kunci ' MEROYAN!' #flip hair..

      Delete
    3. Macam2 la korang ni ... bagi kawen baru tau ..hahaha

      Delete