Saturday, 29 July 2017

Cari ..

Sebagai seorang lelaki gay, apa yang sebenarnya ko cari dalam hidup ini?

Persoalan yang sangat biasa dikalangan gay terutamanya di tempat2 yang penerimaan terhadap homoseksual sangat lah rendah. Aku tanya lagi, orang sekeliling ko wont allow you to be gay, so where are you heading to, guys ?  

Ramai yang stuck ... kata mereka ini adalah dugaan Tuhan. Tuhan tak bagi kesusahan melainkan bersebab. Dan pada mereka, sebab mereka menjadi gay adalah ujian untuk masuk syurga. Ini adalah jihad yang ulung dalam jalan menuju Illahi.

Then ... kalau ko masuk syurga, will you be straight ? 
Or Tuhan akan tukar pendirian Nya untuk menghalalkan jimak antara lelaki ?
Susah kan .. menjadi gay ni, tiada kepastian di dunia dan juga akhirat.
Jadi balik semula kepada soalan aku, apa yang korang sebagai gay cari dalam hidup ini?

Sesetengah gay pula .. mereka confused. Tak tahu apa yang dicari tetapi menuruti hawa nafsu. This is who I am kata nya. Maka berpasangan la mereka di muka bumi sedari hakikat songsang itu bertentangan dengan prinsip kepercayaan mereka. Ahhh ... lantak lah. Nanti satu hari, aku akan berubah juga. Kembali kepada fitrah Tuhan, meninggalkan segala yang durjana ini. Mereka monolog sendirian, sambil jari jemari menggapai laci, di cari kondom yang berbaki semalam. Perisa buah ciku pulak malam ni. KY Jelly jangan dilupa kang melecet, buasir sebulan. Sesudah 10 minit di pentas aksi, maka penyesalan datang berkumandangan seakan-akan lagu raya Musafir di Aidilfirti dendangan S.Jibeng. Putara roda kehidupan ini diulang-ulang, entah sampai bila. Apa yang dicari ... tidak juga ketemui. 

Sedikit gay merasakan mereka tahu apa yang mereka cari. Kata mereka, bagaimana aku dilahirkan gay, begitulah aku akan hidup. Biarpon mereka tahu Tuhan menentang. Diteguknya tequila sambil fikiran melayang rakus .. sambil berkata, ini Tuhan yang sebenarnya. Mereka bukan tidak percaya pada yang di Atas. Mungkin mereka marah. Ibarat anak kecil yang memberontak. Mereka percaya, mereka sayang Pencipta tetapi mereka kecewa dan meminta perhatian. Asas nya mereka tahu apa yang mereka cari dan mahu, tetapi mereka rebel kerana yakin tidak mungkin mereka akan mendapat apa yang mereka cari. 


Begitulah lumrah, menjadi minoriti. Bila golongan homoseksual di samakan dengan dosa rakyat Sodom dan Gomorrah, apa yang tinggal hanya lah penghinaan dan penolakkan. Salah Tuhan kah ? Salah sejarah kah? atau salah kitab kah? Tidak ada jiwa yang minta dilahirkan sebagai hetero ataupon homo seksual. Tidak boleh kah manusia yang darjat nya diangkat tinggi lantaran kebolehan akal nya ini menerima ini sebagai anugerah Yang Esa yang tiada cacat cela nya. 

Kita menindas orang lain melalui pemikiran yang linear. Kita sentiasa merasa lebih baik dan benar berbanding orang lain. Kita memaksa orang lain menerima ideologi kita. Kita menghukum orang lain yang berbeza. Kita merasa kita berhak masuk ke dalam syurga. Itu lah yang kita cari dalam hidup ini, kata mereka. Tuhan memberi redha kepada kita dan mereka yang tidak senada, tidak seharusnya duduk bersama kita atas muka bumi ini. Sekurang kurang nya aku percaya, dalam hati setiap daripada mereka ada notasi begini. Kalau tidak, masakan gay dihentam kiri kanan atas bawah seolah2 menjadi liabiliti pada mereka yang merasakan berada pada landasan yang betul.

"Kalau Tuhan nak bagi bala, Tuhan tak bagi kat hangpa saja, tuhan bagi semua. Sebab tu kami tak boleh terima gay" ... 

Tidak ada beza mereka dengan kisah Sodom dan Gomorrah dalam versi straight ... dan ye, gay pon tak semestinya baik.

Maaflah sekadar bercerita apa yang terlintas. Sekadar berkongsi rasa, rasa seorang insan gay yang tidak ada kena mengena dengan semua perkara yang disebut di atas. Haha. Nu'man bukan macam Ramai, Sesetengah atau Sedikit gay dalam naratif ini .. Nu'man juga bukan rebel terhadap mereka seperti Kita.


Tidak ada kepentingan seorang gay seperti Nu'man untuk kisah akan perihal gay yang lain. Apatah lagi yang straight, dengan nada kasar nya .. mampuih pi la kat hangpa. Hahaha. Cuma sedikit rasa sayang barangkali bila dalam survival kita yang lama dekat dunia ni, ramai yang masih belum tahu, apa yang dicari mereka. Dengar2, kata mereka kebahagiaan la yang dicari. Tetapi tidak tahu untuk bahagia. 

Mungkin bahagia itu bila ...
Dia : Seronok kan bila berdua bergini .. mengadap langit di malam hari, dengan pandangan membelah bintang bintang di ruang udara ..
Nu'man : Jadah nya ayat macam pukey ayam ni ..
Dia : Bila ada awak, saya rasa bahagia sangat. Saya rasa Tuhan telah melengkapi hidup saya dengan memberi awak seadanya ... (sambil dipicit hidung Nu'man lalu tangan digengam erat)
Nu'man : Hurmm ..langit dah kelam tu .. hari nak hujan. Lagi banyak awk bercakap, lagi cepat petir turun. Jom balik ..

Maka si dia dan Nu'man bangun lantas menepuk2 seluar masing2 yang agak kebasahan .. basah embun malam. Berjalan lah mereka berdua menuju rumah yang sepelaung saja ..menyelusuri sungai nan indah .. sesekali mengusik, bergurau senda ..dan juga mengomel

Nu'man : Hmmm balik ni nak kena masak pulak. Bakpo lah dapat laki malas dan tak pandai masak langsung. Jenuh la kita google resepi kat Internet hari2 ... demnnnn 
Dia : Padan mukaaaaa ...kekekekeke

Seperti itik serati pulang petang, kelibat mereka semakin kabur daripada pandangan ... sudah sampai ke rumah barangkali ..rumah yang kekal abadi, rumah yang letak nya dalam rahmat Tuhan ..syurga yang tidak pernah kurang nikmat nya ...

Mungkin bila fantasi seperti ini menjadi realiti .. itu lah antara sisipan bahagia yang kamu dan kamu cari ... dan bukannya dogengan dan fitnah dunia yang ada pada hari ni.
So guys .. dah tahu ke apa yang di cari dalam hidup ni ?
Ayuh ..share la .. jangan cakap nak cari threesome .. gang bang bagai dah la ..terus burung ababil datang musnahkan blog Nu'man. Sarang maksiat kate nya ..haha.


11 comments :

  1. Nowdays...Nu'man punyer penulisan sgt berat...but in a good way of course...huhuhu...kite mampu jadik silent readers jer lah...:-P

    PS : BTW, keep up sharing ur thought...abaikan haters...coz haters gonna hate...hate...hate...hate...hate...hate...:-)

    PSS : Biler lah nak menulis balik nie...hmmm...πŸ˜”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh .. amir ade lg sini. Bila bersalin ank sulong ni. Haha. Sejak dh kawen ..senyap terus. Wakaka.

      Ishh mana de haters .. gile ape nk benci Nu'man. Adorable nk mampus ko ..hahaha.

      Delete
    2. Ader jer Nu'man...almaklum lah...sejak berumah tangga nie...kehidupan busy nau...ehh ��

      Kita tak ngandung awak...suami kita yang mengandung...larikkk...

      Adorable kan katanya...kalah teddy bear tau...kikiki...

      Delete
    3. Anyway .. I had seen your en. suami somewhere if Im not mistaken.
      His face looks familiar to me, but i couldnt remember .. jeng jeng ... wakakaka. #dejavu

      Delete
    4. Nampak kat maner Nu'man...mind to share...hehehe...

      Kalau pernah nampak tu nasib lah...my En Mel tu sebenarnyer dlm closet lagik...or some sort of...baru nak explore dunia PLU nie katanya...hehehe 😁

      Delete
    5. Nampak kat mudah.my .. dekat dept. Properties ..ditulis for sell, freehold, discount for bumi .. hahahahaha.

      Untung la dapat yang masih hijau .. yang nak kat kita ni biasa dah warna karat2 dahhh.. nasibbb.. haha

      Delete
  2. sy suke sgt dgn entry nu'man ni ( asyik suke je entry die, bile la nk 'xsuke plak'...haha..Anyway, soalan tu sgt 'deep'...ye la..sedangkan yang so called 'straight' pon masih tercari2 & teraba2 walaupon Jalan yang lurus itu sudah terang dan nyata bagi depa...inikan pulak kita ni...bukan kata jalan..batu2 tar yg kecil tu pon belum tentu kita nampak...Bile baca blog nu'man ni, it makes me realize, diri ini sememangnya masih tercari2...dah banyak 'formula' dicuba untuk 'blend in' dengan kehidupan org normal, tapi xmenjadi pon...sy rasa apa yg kita cari tu, ada..cuma formulanya belum kita jumpa...apa2 pon...jgn lah jadikan alasan menjadi gay ni untuk melakukan kemungkaran..contoh terbaik..baloq liat nk solat...jgnla cmtu,.dosa bahagian gay tu dah penuh kuota..jgnla penuhkan kuota dosa bahagian solat n lain2...dan sentiasa berdoa untuk mendapat rahmat dan syafaatnya di hari pengadilan nanti..coz at the end...kalau seseorang tu masuk syurga pon..bukan sebab amalan dia..tapi sebab rahmatNya....( maksudnya...ko masuk syurga bukan sebab ko leh claim dgn Allah, saya banyak buat pahala sebab tu sy leh masuk syurga...TIDAK yer...seseorang tu dpat masuk syurga kerana rahmatNya..kalau x masakaan penzina/pelacur dapat masuk syurga hanya kerana memberi ihsan pada anjing....jangan sesekali memperkecilkan setiap amalan baik yang kita boleh buat...cthnya..setiap kali masuk tandas awam, tlg flush utk org lain..All I'm saying is, kalau kita xdapat 'score pahala' bab2 perkahwinan etc...kita score la pahala bahagian2 lain yang kita mampu/boleh...sedekah etc...tapi janganlah kau verangan nk masuk syurga kalau ko tu dah la gay..gay yg jahat plak tu..anak yg derhaka...peekerja yang curi tulang...itu..sendiri mau taola...and yes...aku masih menCARI...menCARI pada yang PASTI!..wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon suka bila awok komen. Makna nya awak sedang membaca hati saya ...ehhh blog. Kehkeh.

      Delete
    2. Setuju dgn En.Anon ni! hehe Moga kita semua kuatπŸ’ͺ

      Delete
  3. a thoughtful entry

    yeay, hidup ni sat saja.
    tgh threesome, double some ka..
    tgh whatsapp kasih syg dgn bf ..
    or tgh sujud solat isya ka
    katetiba kena cabut nyawa..
    there you go!!

    Just be selfish!
    Continue to be selfish..
    Pentingkan diri supaya dapat masuk syurga.. walaupun masuk syurga tu atas rahmat Allah
    Pentingkan diri utk dapat rahmat Allah..
    Soo.. just pentingkan diri & sudah2lah aniaya org lain..

    STOP.. pulling others to your bed
    sudah2lah tu ajak org bercengkerama
    bagi yg nak cuba2 kahwin "betul2"..sudah2 lah tu nak aniaya org.. org lain pun nak ada kehidupan yg "benar" jugak

    I dont know..

    bila dah mati baru semua jadi pasti

    ReplyDelete
  4. I'm looking for a happiness walau pun semua macam berantakan

    ReplyDelete