Wednesday, 28 June 2017

Proud

Ada orang tanya ..
Kenapa tukar ?

Dulu kata nya Looking for a lost soul
Sekarang dah jadi Soul without shame lak

Secara literal nya, mudah saja nak difahami. Dahulu, meraba-meraba mencari jiwa yang hilang. Jiwa yang masih menyimpan seribu satu macam persoalan dan kebimbangan. Jiwa yang bergelojak, menarik dan menolak dan akhirnya terbiar, tersadung dan terkapai-kapai tanpa ada nakhoda. Gitew. Nu'man yang dahulu nya, seorang yang sepi dan sentiasa merasa aneh dengan kejadian dirinya. Zahiriah nya seorang lelaki yang tampak sempurna ciptaan Yang Maha Esa, namun di sisi lahiriah nya lari daripada kebiasaan fitrah seorang lelaki yang seharusnya mencintai secara berahi manusia bernama wanita. Fitrah ini, masih aku rasakan hanya lah ciptaan manusia seadanya. Fitrah sebenar daripada Yang Di Atas, mungkin berbeza. Siapa tahu ? Tidak pernah ada di antara mereka yang pernah berjumpa untuk bertanya pada Nya.

Sekurang-kurang nya bila tidak ada manusia yang pernah berjumpa Tuhan, memberi aku harapan yang mereka mungkin salah. Salah dalam menghukum orang orang seperti Nu'man. 

Nak kata mudah, tidak. Nak kata mustahil pon tidak. Tetapi pada akhirnya, apa yang setiap manusia boleh buat untuk tidak berlaku zalim pada diri nya adalah dengan menerima diri sendiri seadanya. Tanpa ada rasa malu. Tanpa ada rasa kerdil dibanding yang lain. Tanpa ada keluh kesah. Tanpa ada kegusaran. Berbangga lah untuk menjadi diri sendiri dan menjalani kehidupan dengan aturan sendiri. Mengambil keputusan untuk terima diri ini sebagai seorang lelaki yang digelar sebagai lelaki gay yang mempunya naluri homoseksual adalah keputusan terbesar pernah Nu'man buat dalam hidupnya. Lahirnya Soul without shame adalah untuk mendefinasi kan seketul Nu'man. Di mana pada kebanyakkan lelaki gay merasa terbeban dengan naluri homoseksual mereka, tetapi tidak bagi Nu'man.

Proses ini mungkin lambat. Terlambat nya sehingga terlalu banyak dosa kecil mahupon besar yang telah aku tempuhi. Sehingga, kalau boleh diulang semula masa silam, aku akan pastikan yang diri ini tidak tergelincir jauh. Apapun, aku enggan untuk hidup berkiblat kan masa lepas. Dosa-dosa silam sebagai seorang manusia mahupon seorang gay, akan ku terus meminta ampun pada Tuhan. Berdosa hanya pada perbuatan nya sahaja, tidak pada naluri nya. Dosa nya hanya kerana mengikut hawa nafsu membabi buta, tidak pernah ada dosa lahir dalam cinta yang ikhlas kerna Dia. 

Ada cakap2 dahulu, menyuruh Nu'man bertaubat. Kerna penghijrahan ini tampak pelik dan jauh dari kaum majoriti. Bimbang tersasar jalan menuju ihdinal sirratul mustaqim. Ada cakap2 dahulu, Nu'man agak angkuh orang nya, selektif dalam berbicara. Hurmmm, jujurnya cakap2 dahulu tidak pon berbekas di hati ini. Aku, bukan nya peduli pon apa kata orang. Orang boleh kutuk, caci mahupon benci aku. I will always be okay (pretend to be strong ..haha). Ramai rasa nya ingin menghumban Nu'man ke dalam neraka. Hahaha. Jujur nya, I'm okay with that. Bukan sebab badan kebal api yang marak menjulang, tapi sebab tebal nya rasa percaya dengan Yang di Atas. Akhirnya aku masih percaya, kasih sayang Dia tetap akan menang. Kalau Dia mahu aku ke dalam neraka, Im very sure I will go. Dan juga sebaliknya. Dalam hidup ini, percaya pada manusia biasanya membawa sengsara kerana hati manusia yang berbolak balik, tapi kalau percaya Dia ...

Maka ingatlah pada Ku
Aku pon akan ingat kepadamu
(Al Baqarah 152)



Nu'man seorang lelaki gay.
Bebas mencintai lelaki.
Bebas untuk memilih hidup dengan lelaki.
Bebas untuk tidak mempermainkan hati seorang wanita.
Bebas daripada dibelengu kata nista orang.
Bebas daripada terikat dengan stigma yang Tuhan itu pembenci. 
Nak apa lagi ...
Indeed I am a soul without shame.


Mungkin tak banyak kita boleh mengubah dunia gay pada hari ini. Tidak mungkin diskriminasi hari ini boleh terus menjadi kasih sayang hari esok dengan begitu pantas. Tetapi itu tidak mustahil bukan. Kebahagiaan seorang Nu'man mungkin agak terbatas pada hari ini, tetapi masa depan masih panjang lagi. I am so confident, Tuhan mendengar doa aku. Satu hari nanti, aku pasti menjadi lelaki gay yang paling bahagia. Dengan izin Tuhan. Orang kata biar muka hauk, tetapi jalan harus konfiden macam supermodel. Hurmm Nu'man la tu. Kehkeh.

Ayuh ... lets be a soul without shame. Bahagia sorang2 tak seronok. Marilah kita bahagia bersama-sama.  Kehkeh. Semua orang nak masuk syurga sesudah mati, tapi antara sedar dan tak, Tuhan sudah hadirkan syurga dalam hati masing2. Cuma nak kena cari dan rasa je, di mana letak nya syurga itu. Tak kira apa bangsa ko, agama, pegangan, warna, seksualiti, atau darjat ... kamu sememangnya layak mendapat syurga Allah.

Atas dosa-dosa yang aku lalui, menemukan sebuah perjalanan spritual yang mendamaikan, aku sampai pada konklusi .. no more fear, no more shame, Nu'man. I might not have a beautiful soul macam orang lain, tapi sekurang-kurang nya I do not lie to my soul anymore. Not faking it either. It's a soul w/o shame ... krik krik


Walaupon pada akhirnya, Nu'man dan seketul batu di jalanan, tiada berbeza .. useless !!
Still proud of it .. wekkkk




10 comments :

  1. selamat hari raya Nu'man...do what best for you and good luck...proud of you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slamat hari raya Asyraf .. jgn lupa diet pas raya ni ..kehkeh

      Delete
  2. assalam..just curious.. bile nu'man ckp terima diri nu'man seadanya... Nu'man seorang lelaki gay.
    Bebas mencintai lelaki.
    Bebas untuk memilih hidup dengan lelaki... adakah bermaksud nu'man akan menganggap hidup dengan lelaki itu tidak salah?I'm not judging(I'm in no position lgsg nk judge org)..I'm just curious..becoz I once used to think to live a gay life..meaning ada pasangan dan berkasih sayang..and untuk membuang rasa 'dosa' tu..cuba elakkan diri dari any Sexual intercourse..meaning hanya kasih sayang tanpa sex..tapi it didnt work that way...terkadang akan terjadi jugak sexual intercourse ( xkisahlah ringan2 ke berat2 ke...it still happpaned..so, nak tanye la nu'man..cmna nu'man terima diri seadanya sebagai gay and masih mengharapkan 'RAHMAN & RAHIM NYA....and still be happy?and did u come clean with everyone?ok..tibe2 otak beku utntuk nk tanya soklan lg..koserlahhhhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well macam ni, ada 4 golongan Malay gay yang mungkin wujud ..

      1. Gay so called beriman dengan ASWJ
      - homosexual is totally forbidden
      - punishment utk orang yang mengamalkan homosexual really exist
      - Boleh sayang lelaki tetapi bukan secara sexual
      - Kalau ada rasa sensual pada lelaki, maka patut bertaubat dan menahan diri daripada melakukan perbuatan homo kerana itu dikira sebagai zina
      - Allah melaknat kaum homoseksual

      2. Gay beriman dan tidak ketahuan
      - Praktis religious life tapi when it comes to their sexuality, it is always exceptional
      - Percaya apa yang diorang buat salah tapi tidak mahu atau tidak tahu macam mana nak berhenti
      - Target someday akan bertaubat
      - Some might get married ..tapi most of them byk kembali pada fitrah nya (cari jantan balik)


      3. Gay liberal
      - Be comfortable in their own skin
      - Kalau dalam agama, tak da tempat untuk kamu, then you should let yourself out of the system
      - Mostly tanpa sedar atau sedar banyak yang jadi atheist or at least becoming agnostic
      - Approve gay marriage or living as gay partner
      - Some might be vocal about gay rights

      4. Gay reformis
      - tak percaya Allah benci pada gay atau perbuatan homosexual
      - Percaya kepada love is everything
      - Menolak kehidupan bebas gay, sebaliknya gay perlu setia dan diikat dengan ikatan perkahwinan
      - Reinterpretation of religion (mostly verses dalam Quran)

      Currently I am living as type 1 (stigma issue)but inside me I am type 4.
      Hopefully someday, Allah will guide me to type 4 (sepenuh hati)
      I really wanna be myself and at the same time, have Allah gives His blessing ..
      My obstacles now .. tak sampai hati nak lukakan hati parents dan ....... dot dot.

      Delete
    2. And for record ... masa zaman teenager .. I was living as Type 2.
      Siap berangan naik pelamin dengan perempuan lagi. Hahaha.
      Regret it ... huh.

      Delete
  3. demn..tgh sedap2 tulis komen..ade plak staf datang and duduk kat sebelah pc..die tanye..'en xx...blog ape tu?..ko rase?matilanak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau elok, suruh dia PM numan tau ... kehkeh

      Delete
  4. So bila nak pegi gay parade sesama? jangan lupa bawa topeng power ranger pink..takut kantoi plak nanti, kat sana ramai paparazi..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xmo la pi. My sexuality has nothing to do with society gituh. I do not need to brag about it either sampai kena pergi parade. Lagipon banyak gay2 gedik kat situ. Tak masuk jiwa noks. Wakakaka. I am proud and low profile. It defines me well. Kehkeh.

      Delete