Thursday, 20 July 2017

Sexuality


Soalan yang agak common dan quite cliche ?



Sexuality boleh berubah ka ?
Many people say Yes, some say No. Yang banyak kata yes tu aku rasa biasanya daripada straight community. Dan begitu juga sebaliknya dengan mereka yang cakap NO. Entah la labu.

Scientifically, kita boleh explain kenapa manusia dilahirkan sebagai lelaki, perempuan, kembar mahupon tidak sempurna pemikiran atau anggota nya. But when it comes to the sexuality, we still have no answers. Tak ada sapa tahu atau dapat meramal bayi yang dilahirkannya akan menjadi  homoseksual. Apatah lagi menjadi seorang pondan. Gitu noks. Haha. Begitu juga bila kita membesar, perubahan2 fizikal yang berlaku pada kita, melihat bentuk mata, rambut, mulut, telinga dan sebagainya, ini semua mempunyai penjelasan secara saintifik dimana kita mewarisi nya melalui genetik daripada ibu dan ayah. Terdapat allel yang dominant dan resesif yang menentukan ciri2 fizikal yang kita warisi. How about sexuality ? Hurmm, tak ada jawapan pon.

Ramai orang mengaitkan sexuality ini berkait rapat dengan hubungan emosi. Setiap manusia akan melalui revolusi dalam emosi nya yang akan mempengaruhi sexuality seseorang itu. Sebab itu mereka kata, ramai straight yang pada mulanya adalah heteroseksual boleh menjadi biseksual dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan faktor persekitaran seperti cara dibesarkan, orang2 sekeliling yang akhirnya memberi kecenderungan seksualiti pada seseorang. Benar kah ? Ada yang cakap ya, dan ada yang cakap tidak. 

Pertamanya, semua orang kena paham, sebelum kita sembang pasal bisex bagai, masing2 kena terima yang golongan homosexuality memang wujud. Bukti2 arkeologi menunjukkan bahawasanya, perhubungan sesama jantina ini dah berlangsung beribu2 tahun sebelum ini. Malah, dalam Quran, indirectly Tuhan sendiri pon acknowledge yang memang wujud mereka yang bersifat homoseksual ini melalui kisah kaum nabi Luth. Sayang nya naratif di dalam Quran, majoriti menerima dan memahami golongan homosexual sebagai sesuatu yang tidak langsung diterima tuhan lantaran azab yang diterima mereka. 

Pernah kah kita berfikir, mereka yakni umat nabi Luth diazab asbab atas perbuatan mereka sendiri dan bukan kerana mereka golongan homosexual. Maka, apakah perbuatan mereka yang menjadi murka pada Tuhan sampaikan hampir keseluruhan kaum Luth dihancur Tuhan? Kalau sebab mereka berdosa kerana homosexual, kenapa isteri Nabi Luth juga tidak diselamatkan sedangkan Luth dan anak2 nya selamat. Apakah sebelum umat nabi Luth, tidak ada manusia gay ? Itu belum ko baca Old Testament lagi, anak2 nabi Luth ni siap rogol ayah dia dalam gua sampai beranak pinak. Incest sangat.

Tuhan tidak cerita banyak, tidak juga panjang ...entah kenapa .. hurmm. Tapi kalau orang boleh memberi perspektif yang berbeza dalam kisah umat nabi Luth ni, antara menjadi seorang homosexual dan juga melakukan perbuatan jahat (jenayah). Ada beza nya ...

Berbalik pada cerita sendiri, pernah kah Nu'man mencoba menukar sexuality nya ?
Soalan yang tak perlu dijawab kerana SEMUA gay yang wujud di dunia pada hari ini ataupon masa2 lalu, keSEMUAnya aku percaya pernah struggle untuk menjadi straight. 

Masa2 remaja yang patut aku nikmati dan enjoy dengan gembira, kebanyakkan nya dihabis untuk meratab nasib sendiri. Huhu. Apa saja yang aku tak buat. Dekat kan diri dengan Tuhan, sembahyang berjemaah setiap waktu, berpuasa sunat, membaca Quran walaupon satu patah haram tak paham masa tu, bersolat tengah malam, menangis dalam doa, mencuba untuk menyukai wanita, bersukan sebab masa tu fikir, laki yang tak bersukan ada potency jadi gay ..hahaha. Semua nya pernah buat .. tapi Allah tak makbul untuk jadi straight.

Tak berputus asa, bila meningkat dewasa, aku cuba mengorat perempuan walaupon diam2 sahaja, tapi di tengah jalan dah mengalah. Haha. Mencuba juga tengok video porno perempuan ... tapi bila perempuan tu start telanjang, aku dah gelabah dan terus tutup. Demn. Geli tengok women's breast ..apatah lagi kelentit nya. Sampai usia hari ini, percayalah Nu'man tak mampu nak tengok langsung aset perempuan yang mereka banga-banggakan itu. Bukan sebab menjaga penglihatan tapi sebab ada rasa mual dalam hati yang menolak kuat. Eww gituh.
Ehh solehah sangat perangai ko. Wakaka.

Di akhir jalan, aku terima seadanya diri ini sebagai seorang gay. 

Bagaimana ini bermula? Lebih kurang 5 tahun lalu, aku ada terbaca satu buku .. bukan pasal LBGTQ tetapi mengenai critics dalam Islam hari ini .. Started dari hari tu, aku mula membaca Quran dengan niat untuk menyingkap makna setiap ayat2 yang Allah bagi ... to make it short, lama2 aku menjadi seorang Muslim yang progresif. Sebab apa yang aku baca dan paham, banyak berbeza dengan apa yang pernah aku amalkan sebelum ni. Apakah aku seorang yang rebellious dlm agama ? No, im not. Aku cuma jumpa salah satu jalan  .. yang boleh beri aku ketenangan dan keyakinan.

Macam mana Tuhan cakap dalam Quran, dalam anugerah kalam Nya, terdapat ayat2 yang bersifat mutasyabihat dan samar2 maknanya. Tidak ada sesapa yang mengetahui nya dan dapat menjelaskan nya. Tidak juga disebut ayat yang mana. Maka aku percaya, tidak ada orang yang baca Quran yang sama akan mempunyai pandangan yang sama dan itu Allah acknowledge dalam Quran melalui ayat2 mutasyabihat ini. Aku juga berpandangan, tidak ada sapa boleh mendabik yang dia lebih paham Quran melebihi orang lain. Satu ayat saja Allah bagi, hikmah nya berbagai. Katakan lah, aku juga mungkin tersalah jalan dan tersesat arah dalam mencari .. tapi Allah juga berfirman Dia boleh campak kan hidayah  kepada sesapa yang dia suka. Apa makna nya itu? ... hurmm bagi aku itu harapan. Tak ada sapa boleh letak label pada ko, selagi Allah belum muktamadkan. Dengan harapan ini, aku merintih akan kasih sayang Tuhan ... moga2 ada terselit nama Nu'man di ingatan Nya walaupon pada list yang terakhir. Gituh.

Maka, soalan tentang seksualiti ini tidak lagi wujud dalam pegangan hidup aku. Sama ada mahu menjadi straight atau tidak, bukan lagi persoalan yang aku perlu pikir. Orang masih tanya, boleh ke sexuality berubah. Ya, dengan izin Tuhan tapi perlu ke ? Is that necessary ? Being a gay tak layak dapat kasih sayang Tuhan ke? Tuhan tak cakap pon kan ... cuma cakap2 orang saja. So kenapa perlu tukar sexuality ... yang perlu tukar .. attitude. Kann. P/s. Anyway kalau ikut common sense aku, aku percaya sexuality tak boleh berubah. Cuma sebab kepercayaan aku pada Tuhan melebihi common sense dan menjangkaui kemustahilan .. I just leave a blank space there.

Apapun, Nu'man ... dunia dan akhirat, tidak ada apa yang akan berubah pada sexuality ini. I am gay and always be gay. Biarpon seluruh gay di dunia ni berkemampuan dan nak berubah jadi straight .. I dont want. Tak nak dan Tak Nak !!  Rasa lebih disayangi Tuhan dan orang bila begini. :p

I am so comfortable now with my feeling and sexuality. 


Psst : Kalau ada straight yang rasa boleh tukar sexuality Nu'man .. please take me. Kita stay bersama2 for few months .. and lets see what's gonna happen. Jangan cakap, abam tak warning tau nanti ..wakakaka. Bluerkk ..




Thursday, 6 July 2017

Future me

Jumaat yang lepas, satu lagi detik bersejarah buat pencinta LBGT. Sekarang uols dah boleh kawen dekat German sesambil berangan pre wedding photoshoot dekat Tembok Berlin. Haha. Ini sekaligus menjadikan German, negara ke 23 menghalal kan perkahwinan sesama jenis (by law). Kalau ikutkan penghalalan gay marriage ni takde lah lama sangat. Masih remaja lagi kata orang, sebab tak sampai pon 20 tahun sejak Belanda menjadi negara pertama yang mengiktiraf perkawinan sesama jenis pada tahun 2001. Bagi pasangan LBGT, besar makna nya ni sebab mereka bebas praktis kehidupan normal macam orang lain (perkahwinan, penceraian dan juga mengambil anak angkat) dengan tertakluk kepada kuasa undang2.

Ikut kronologi negara2 yang menghalalkan perkahwinan sejenis ni

2001- Belanda
2003- Belgium
2005- Spain and Canada
2006- Afrika Selatan
2009- Sweden and Norway
2010- Portugal, Iceland and Argentina
2012- Denmark
2013- France, Brazil, Uruguay, New Zealand
2014- UK (excluding Ireland Utara)
2015- Ireland, US, Luxemburg
2016- Colombia and Greenland
2017- Finland and Germany

Coming soon, Taiwan dalam proses untuk legalize same sex marriage sekaligus akan menjadi negara Asia pertama berbuat demikian. Kalau kita tengok negara2 ni, kebanyakkan nya adalah negara2 maju yang menguasai sains dan teknologi. Apakah mereka bodoh ? Apakah mereka semua akan masuk neraka kerana bukan negara Islam dan tidak mengharamkan homoseksual ? I dunno. Kita bersenang lenang dalam tamadun sekarang pon kerana sumbangan sains dan teknologi mereka. Berhak kah kita nak cakap mereka bodoh. Sedangkan negara2 Islam hari ni pon, sibuk dengan isu2 remeh dan bermusuh sama sendiri. Ibarat kita nak orang dengar cakap kita, tapi hidup kita tak relevant pon pada orang tu.

When it comes to practicality, aku yakin common sense diorang tinggi. Mereka sedar yang marriage is for everbody. Tak ada sesapa pon patut menafikan hak pasangan yang mahu berkahwin untuk membina keluarga sendiri, tak kira hetero ataupon homo. Dan ia nya tak menyakitkan sesapon pon kecuali golongan2 yang merasakan ianya seperti menentang Tuhan. Tuhan yang begitu subjektif. Entah lah ...

Nu'man ... I'm not against same sex marriage even though I am Muslim. Justifikasi aku ? No need, aku secara peribadi merasakan ianya hanya memerlukan common sense jah. Makan bila lapar. Berak bila sakit perut. Tido bila mengantuk. Kahwin bila nak bina family. Soal common sense tak perlu define jantina mahupon sexuality orang. Semua ada hak yang sama. 

Tapi dalam Islam seperti mana yang kita paham sejak turun temurun, tak boleh. Haram dan berdosa mengikut ulama. Aku quote ulama untuk menegaskan dalam Quran, Allah tak sentuh pon tentang perkahwinan sesama jenis ni. Walaupon begitu, ramai akan requote balik ayat Quran tentang kisah kaum Nabi Luth sebagai justifikasi semua ni adalah haram dan berdosa besar. Aku terima. Takde masalah. Cuma, aku mungkin memahami kisah kaum Nabi Luth dengan konteks yang berbeza dan untuk itu biarlah Tuhan saja mengadili nya. Boleh kan berbeza pendapat dengan Nu'man sebab Nu'man sendiri pon memahami dan acknowledge pandangan mainstream agama dalam isu ini. Cuma, hati ini berat saja untuk menerima. Spesis rare gitu orang cakap. Haha. Spesis rare ni untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau tak ke jannah, jahanam la aku. Adessss.

Jangan ada pulak yang sinis lepas ni tanya, so bila ko nak kahwen dengan jantan Nu'man ? Come on ...

Read this ..

Aku orang Melayu beragama Islam. Percaya Allah walaupun hidayah tak sama macam kebanyakkan Muslim. Oh .. boleh juga baca mungkin aku langsung tak berhidayah bagi rata2 orang. Sedih pandangan orang begitu tetapi aku tak hidup nak mengikut kata2 kebanyakkan orang. Walau berbeza aku pertahan kan. Jujur nya, kalau boleh memilih, aku mengimpikan lelaki berperwatakkan Melayu sama seperti aku. Mempunyai ras bahasa yang sama, lenggok kehidupan yang tidak lari jauh daripada budaya. Akar melayu nya harus kuat tersemat di dada, tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan aku seada nya. Tiada riak was2 di mata nya. Lebih afdhal jika lelaki Melayu itu mencintai aku demi Tuhan nya.
Sekarang, bagitau aku di mana ada lelaki Melayu dan beriman, yang sanggup berkahwin dengan Nu'man dan mencintai Nu'man seadanya demi Tuhan nya ? Sehingga waktu itu tiba, simpan lah soalan itu tentang bila dan patut kah Nu'man berkahwin  :p


P/S Walaupon aku jenis proud gay dalam diri, tapi dalam dunia ni banyak lagi perkara indah boleh buat yang takde sangkut paut dengan sexuality. Pintu2 kebahagiaan Tuhan ada banyak dan macam-macam. Kalau pintu perkahwinan belum Tuhan mahu buka, takpa la. Nu'man tunggu dan sementara itu enjoy dulu dengan pintu2 kebahagiaan yang lain. Gituuu motibasi nyaaa. Kehkeh. Masa depan masih lagi misteri buat kamu dan aku.

Oh ye, baru nie keluar berita pasal lebih 700 ribu bujang terlajak beraya .. komer la tuu ..kehkeh. Untung la juga zaman sekarang ni, ramai yang memilih hidup bujang, so xde la tertekan sangat sebab dah jadi macam trend kan. Tak kahwin takpa, tapi kalau tak laku ... hurmm itu yang seteressssssss ..hahahaha.

Kalau nak kawen, jangan lupa jemput kita tau ... :p
Yang kita tau, ramai pondan Melayu je yang kawen kat oversea.
Where are u gaysssss ... ?? Setakat upload vid dekat Tumblr jah .. batak low class sangat. Haha.




Wednesday, 28 June 2017

Proud

Ada orang tanya ..
Kenapa tukar ?

Dulu kata nya Looking for a lost soul
Sekarang dah jadi Soul without shame lak

Secara literal nya, mudah saja nak difahami. Dahulu, meraba-meraba mencari jiwa yang hilang. Jiwa yang masih menyimpan seribu satu macam persoalan dan kebimbangan. Jiwa yang bergelojak, menarik dan menolak dan akhirnya terbiar, tersadung dan terkapai-kapai tanpa ada nakhoda. Gitew. Nu'man yang dahulu nya, seorang yang sepi dan sentiasa merasa aneh dengan kejadian dirinya. Zahiriah nya seorang lelaki yang tampak sempurna ciptaan Yang Maha Esa, namun di sisi lahiriah nya lari daripada kebiasaan fitrah seorang lelaki yang seharusnya mencintai secara berahi manusia bernama wanita. Fitrah ini, masih aku rasakan hanya lah ciptaan manusia seadanya. Fitrah sebenar daripada Yang Di Atas, mungkin berbeza. Siapa tahu ? Tidak pernah ada di antara mereka yang pernah berjumpa untuk bertanya pada Nya.

Sekurang-kurang nya bila tidak ada manusia yang pernah berjumpa Tuhan, memberi aku harapan yang mereka mungkin salah. Salah dalam menghukum orang orang seperti Nu'man. 

Nak kata mudah, tidak. Nak kata mustahil pon tidak. Tetapi pada akhirnya, apa yang setiap manusia boleh buat untuk tidak berlaku zalim pada diri nya adalah dengan menerima diri sendiri seadanya. Tanpa ada rasa malu. Tanpa ada rasa kerdil dibanding yang lain. Tanpa ada keluh kesah. Tanpa ada kegusaran. Berbangga lah untuk menjadi diri sendiri dan menjalani kehidupan dengan aturan sendiri. Mengambil keputusan untuk terima diri ini sebagai seorang lelaki yang digelar sebagai lelaki gay yang mempunya naluri homoseksual adalah keputusan terbesar pernah Nu'man buat dalam hidupnya. Lahirnya Soul without shame adalah untuk mendefinasi kan seketul Nu'man. Di mana pada kebanyakkan lelaki gay merasa terbeban dengan naluri homoseksual mereka, tetapi tidak bagi Nu'man.

Proses ini mungkin lambat. Terlambat nya sehingga terlalu banyak dosa kecil mahupon besar yang telah aku tempuhi. Sehingga, kalau boleh diulang semula masa silam, aku akan pastikan yang diri ini tidak tergelincir jauh. Apapun, aku enggan untuk hidup berkiblat kan masa lepas. Dosa-dosa silam sebagai seorang manusia mahupon seorang gay, akan ku terus meminta ampun pada Tuhan. Berdosa hanya pada perbuatan nya sahaja, tidak pada naluri nya. Dosa nya hanya kerana mengikut hawa nafsu membabi buta, tidak pernah ada dosa lahir dalam cinta yang ikhlas kerna Dia. 

Ada cakap2 dahulu, menyuruh Nu'man bertaubat. Kerna penghijrahan ini tampak pelik dan jauh dari kaum majoriti. Bimbang tersasar jalan menuju ihdinal sirratul mustaqim. Ada cakap2 dahulu, Nu'man agak angkuh orang nya, selektif dalam berbicara. Hurmmm, jujurnya cakap2 dahulu tidak pon berbekas di hati ini. Aku, bukan nya peduli pon apa kata orang. Orang boleh kutuk, caci mahupon benci aku. I will always be okay (pretend to be strong ..haha). Ramai rasa nya ingin menghumban Nu'man ke dalam neraka. Hahaha. Jujur nya, I'm okay with that. Bukan sebab badan kebal api yang marak menjulang, tapi sebab tebal nya rasa percaya dengan Yang di Atas. Akhirnya aku masih percaya, kasih sayang Dia tetap akan menang. Kalau Dia mahu aku ke dalam neraka, Im very sure I will go. Dan juga sebaliknya. Dalam hidup ini, percaya pada manusia biasanya membawa sengsara kerana hati manusia yang berbolak balik, tapi kalau percaya Dia ...

Maka ingatlah pada Ku
Aku pon akan ingat kepadamu
(Al Baqarah 152)



Nu'man seorang lelaki gay.
Bebas mencintai lelaki.
Bebas untuk memilih hidup dengan lelaki.
Bebas untuk tidak mempermainkan hati seorang wanita.
Bebas daripada dibelengu kata nista orang.
Bebas daripada terikat dengan stigma yang Tuhan itu pembenci. 
Nak apa lagi ...
Indeed I am a soul without shame.


Mungkin tak banyak kita boleh mengubah dunia gay pada hari ini. Tidak mungkin diskriminasi hari ini boleh terus menjadi kasih sayang hari esok dengan begitu pantas. Tetapi itu tidak mustahil bukan. Kebahagiaan seorang Nu'man mungkin agak terbatas pada hari ini, tetapi masa depan masih panjang lagi. I am so confident, Tuhan mendengar doa aku. Satu hari nanti, aku pasti menjadi lelaki gay yang paling bahagia. Dengan izin Tuhan. Orang kata biar muka hauk, tetapi jalan harus konfiden macam supermodel. Hurmm Nu'man la tu. Kehkeh.

Ayuh ... lets be a soul without shame. Bahagia sorang2 tak seronok. Marilah kita bahagia bersama-sama.  Kehkeh. Semua orang nak masuk syurga sesudah mati, tapi antara sedar dan tak, Tuhan sudah hadirkan syurga dalam hati masing2. Cuma nak kena cari dan rasa je, di mana letak nya syurga itu. Tak kira apa bangsa ko, agama, pegangan, warna, seksualiti, atau darjat ... kamu sememangnya layak mendapat syurga Allah.

Atas dosa-dosa yang aku lalui, menemukan sebuah perjalanan spritual yang mendamaikan, aku sampai pada konklusi .. no more fear, no more shame, Nu'man. I might not have a beautiful soul macam orang lain, tapi sekurang-kurang nya I do not lie to my soul anymore. Not faking it either. It's a soul w/o shame ... krik krik


Walaupon pada akhirnya, Nu'man dan seketul batu di jalanan, tiada berbeza .. useless !!
Still proud of it .. wekkkk




Thursday, 15 June 2017

Living together


Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku


Tahun ni, buat kali pertama dan juga mungkin terakhir, aku akan beraya seorang diri di perantauan. Nak kata sedih, takda la rasa apa sangat. Mungkin kerana faktor umur. Lebih dewasa dan lebih matang. Atau pon memang hari raya sekarang ni semakin lama semakin hambar. Dah tak da rasa girang nak pakai baju baru, main mercun, buat pelita, mahupon kuih raya. Ohh semperit, kuih raya paling legend dan paling aku tak suka. Mujur la dah berpuluh tahun mak tak buat semperit. Perkara paling best pasal raya, adalah balik kampung. Kannnn ... seronok sungguh berkumpul beramai-ramai dengan sanak sedara. Tido ramai-ramai dekat ruang tamu sambil buka cerita2 lama. Feeling homey sangat. Rasa bersyukur sebab ada family yang besar. Itu kenangan di bumi indera kayangan, Perlis saban tahun. Tapi sejak tok dan wan dah takde, agak susah untuk dapat feeling yang nostalgia. Rinduuuu.

Aku tak pernah terbayang, macam mana ek gay yang berkapel ni celebrate hari raya. Mesti masing2 fefeling nak sambut hari raya sama-sama tetapi hakikat nya seorang kat Utara sorang Timur. Sorang kat Barat, sorang kat Selatan. Apa ko ingat korang tu pasangan nikah yang sah ? Boleh bawak balik partner ke kampung masing2. Berangan jer la ko. Kehkeh.

Cakap pasal partnership ni ... mesti tak lari kalau kita nak kaitkan dengan living together. Sebenarnya bila partner ko, or wannabe bf ko ajak stay sama2, aku percaya itu adalah satu big step yang tak banyak gay couple boleh buat. Tak banyak di sini, bermaksud dalam gay relationship, banyak lebih nak kepada temporary relationship di mana mereka percaya gay ppl ni datang dan pergi dalam hidup mereka. So, tak perlu lah nak into privacy sangat. Can't blame them. Individual perception, rite. So, have to respect that.

Persepsi aku pasal living together ni bukan lah semata-mata tinggal di rumah yang sama. Kadang-kadang2 ada gay kapel yang tinggal bersama lebih kepada faktor kerja, ekonomi, lonely dan faktor sampingan yang lain. Aku punya konsep tentang living together ni sama macam konsep straight marriage di mana, kita meninggal kan kehidupan bujang dan welcoming another phase of life. Sebab tu aku kata big step. Ada responsibility di situ. Tanggungjawab untuk mengurus rumah dan kehidupan bersama-sama. Ada berani ?

Dulu, aku pernah in relationship secara maya dengan someone ni. Just tukar2 gambar dan calling2 je dah declare couple. Siap bertukar2 hadiah lagi. Amboi mudahh sungguh kan nak kapel bagai. Hahaha. Aku rasa sebab life gay yang tak diterima masyarakat membuatkan lebih mudah ini semua terjadi secara underground. Oleh sebab kan kami berada di pulau yang berbeza, maka tak pernah la nak berdating. Tapi banyak kali juga si dia ajak untuk berdating, jumpa untuk kenal lebih ramas mesra lagi tapi seringkali itu juga aku bagi bermacam alasan. Serius bai, aku tak pernah jumpa gay kat luar dengan tujuan nak berdating bagai, sungguh kekok rasanya dan aku perlukan masa untuk bersedia. Hurmm malu tapi mahu. Kasihan dia.

Sambil harapan menggunung disandarkan pada Nu'man yang cuak dengan gay nie, banyak kali juga kami bangkitkan tentang masa hadapan; someday, we're gonna live together. Gituhh, konon rasa kasih yang disemai ini, harus satu hari dituai dengan kebahagiaan yang hakiki. Pada masa tu sebenarnya, aku agak kagum dengan kesungguhan dia. Rare spesis kot.


Nu'man : U sanggup minta relocate dekat tempat I (keja dia boleh minta tukar mana2)
Dia : Sanggup
Nu'man : I tak pandai masak. 
Dia : No worries, nasi kenduri orang pon I masak, setakat Nu'man kesayangan seorang. Apelah sangat.
Nu'man : I boleh buat laundry tapi iron baju I takmo. Tak reti.
Dia : Serahkan pada yang pakar.
Nu'man : Hurmmm no sexual intercourse  .. (zaman in denial, bajet suci padehal ..wakaka)
Dia : Hurrmmmm ok. Tapi peluk2 boleh kannn. Hehehe

Dialog ni diubah ikut sesedap rasa sebab cerita zaman Dinasour ni. Takde bukti bertulih, hanya lisan. Kehkeh. Walaupon hanya sekadar impian di angkasa raya, masa tu aku nampak kesungguhan dia untuk merealisasikan impian hidup bersama ni. Sedangkan aku pada masa tu, masih lagi bergelut dengan sifat in denial, dan juga faith aku sendiri dan juga faktor2 persekitaran yang lain. And finally we're done. Bukan done hidup together2, tapi terpisah di alam yang fana.

And totally my fault la. 
I refused to meet him.
Orang Jepun cakap mada mada dane. Belum lagi masa nya untuk Nu'man keluar dari kepompong nya.Walau ku tahu, rama-rama menanti, masih mahu kekal sebagai beluncas. I guess, lagi mudah menggoda Nu'man sexually daripada mencintai seorang Nu'man. Gituh. Lagi mudah menyerah tubuh daripada memberi jiwa sepenuh hati untuk dijaga orang. Ehhh puasa. Jadi konsep living together dengan Nu'man berkubur begitu saja.
Secebis memori saja buat perkongsian .....

Anyway, kalau dah sampai jodoh korang nanti, dan kalau sampai dapat hidup bersama. Aku tumpang happy. Seronok tengok orang bahagia. Cuma kalau dah sampai tahap itu, jangan lah berbolak balik lagi dalam hatinya. Apa yang terjadi dalam rumah itu, adalah kisah2 ko dan si dia. Tidak perlu di war warkan pada semua, apatah lagi kisah di bilik mandi ataupon di kamar tido. Ni sabun jatuh pon nak kecoh. Hahaha. Mudah2 an, kalau kasih itu suci, sayang itu tulus, dan cinta itu benar, Tuhan mengampuni segala dosa dan debu2 kotor dalam diri kita. For those, yang menahan diri daripada menjebakkan diri dalam sisi kehidupan seperti ini kerana faith yang berbeza, mudah-mudahan juga Tuhan menganugerahkan kebahagiaan yang tak ternilai satu masa nanti di alam yang lain. La tahzan. Jangan bersedih ya. 

Penawar daripada tuhan pada mereka yang bersabar dan merasakan tidak bahagia di dunia ini ...


“…Are you pleased with the life of this world (dunia) rather than the hereafter (akhirat)? But little is the enjoyment of the life of this world as compared with the Hereafter” (Quran, Al-Tawbah: 38).

“…as compared with the life of the hereafter, the life of this world is nothing but a brief passing enjoyment” (Quran, Ar-Rad: 26).

“And the life of this world is nothing but play and amusement. But far better is the house in the hereafter for those who are Al-Muttaqun (orang yang beriman). Will you not then understand?” (Quran, Al-An’aam: 32)


Tak kira di mana ko berada, dimana ko letakkan kepercayaan ko pada Tuhan, as I said, kita semua berhak untuk bahagia di dunia dan juga akhirat. Kalau masih ada keraguan di dunia, yakin lah bahagia di akhirat itu pasti. Jalanilah kehidupan yang baik ya gay gay sekalian. Salam akhir ramadahan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf salah dan silap yang sengaja mahupon tidak sengaja. Kalau nak kongsi kisah partnership korang dalam rumah yang sama pon, di alu-alukan (bukan cerita berbau sensual tau). Yang baik kita ikut, yang tak baik jadikan teladan.

Apa ??? Nak stay dengan Nu'man .. hmmm kita dah hampir menepous wak .. wakakaka.


Tuesday, 6 June 2017

Being different

Hari ni aku off day. Tergerak hati nak rejuvenate blog ni balik sebab ada orang email, tanya bila nak update blog. Here I come. Tetapi blog post aku yang lepas, aku dah sumbat masuk dalam draft balik. Mungkin ini yang dikatakan anjakan paradigma (hoho), we start fresh okay. 

Doctors seriously ?

Baru-baru ni, KKM buat pertandingan untuk kempen kesihatan dan salah satu skop tema dan tajuk berkenaan kecelaruan gender melibatkan LBGTQ.  Imagine that, orang2 KKM yang rata-ratanya doctor yang dipandang tinggi secara intelektual dalam masyarakat pon boleh discriminate orang berdasarkan sexuality, masakan rakyat marhaen yang lain. 

This is super tough society. 
It is a society where ppl like me can't fix in. 

Honestly, aku paham la pola pemikiran seperti ini sebab cultural dogma dan juga religious faith. I was once like that. Aku pernah pandang rendah, pandang hina pada mereka yang terlibat dalam LBGTQ ini sebab itu lah yang ustaz, ustazah dan juga orang2 sekeliling ajar aku. Being a gay is like you being cursed. The only way out, taubat nasuha dan menjadi straight semula. Demn, it's true, aku dibesarkan dengan doktrin sebegitu walhal jauh dalam diri ini, kau tahu siapa aku. How hard it was for me to feature myself in the society. Aku dipaksa untuk belajar sukakan perempuan. Aku dipaksa untuk hanya simpan dalam hati bila mana aku tersuka pada lelaki. Dalam istilah moden dalam bentuk reversal, aku tidak ada beza dengan munafik. This society, ada dosa dengan aku. 

Hurmm

Menyalahkan orang lain, tak dapat selesaikan masalah pon. Wont make you happy either. Diorang akan stay macam mana diorang hari ini dan juga masa depan (at least, sampai akhir umur aku). We can't change society. Tak percaya, cubalah come out dengan parents dulu. See their reaction .. kebanyakkan parents kita pada hari ni masih lagi ortodoks. Being different is not an option to them. They have pride and ppl like me .. is a sacrifice. We for sure love who we are, but somehow we love our parents more. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Mereka memberi kita 'unconditional love', then it is a duty for a son to take care of their parent's pride. Setuju ? Huh

Aku nampak sekarang ni, quite a trend bila mana ppl with gay orientation ni dah banyak yang keluar kotak. It's not like diaorang come out dengan family, tapi at least diorang come clean dengan sesama diorang. Sebab tu sekarang ni sangat mudah untuk 'gay radaring' couples dalam social networking. Even your straight friends can tell. Well, Im not against this. Kita manusia lagipon. Ada akal, hati, perasaan dan nafsu. Itu yang membuat kita ciptaan Tuhan yang paling special. Cuma yang lain nya, kita tertarik pada same gender.  Aku dah perah otak memikirkan, what's wrong with that. Dan aku tak jumpa sedikit pon salah. It just ppl have different values and desires. 

Religion ? Is not enough to stop you being gay ?
Jawapan paling jujur atas muka bumi ni ..  hell NO.

Afraid of being different ?
Sometimes, yes. Takut orang benci. Takut orang pulau. Takut Tuhan campak dalam neraka. Takut Nabi tak mengaku umat. Hakikat nya, kita cuma takut pada 'apa orang fikir'. Kalau ko baik, have a pleasant personality, tak mungkin orang akan benci ko sebab ko gay. Kebencian yang normal adalah sebab attitude sahaja. Kalau sebab lain orang benci ko, itu masalah hati diorang. Not your problem. Ko baca Quran, ada ko jumpa ayat Tuhan campak ko dalam neraka sebab ko gay atau ko feeling love dengan orang seperti ko. Neraka itu subjektif, hanya untuk mereka yang tidak percaya Tuhan dan melakukan banyak perbuatan jahat dengan menzalimi hidup orang lain. Dua orang lelaki jatuh cinta dengan jujur .. taking care of each other dan sentiasa buat baik .. kalau bukan Tuhan yang beri kebahagian itu, ko ingat senang2 dia nak campak ko dalam neraka selepas itu. Have faith more. Percaya dengan Tuhan sampai tahap kalau ko kena tolak jatuh drpd KLCC pon, tuhan akan pakaikan sepasang sayap untuk ko terbang. Nabi tak mengaku umat ? Nabi pon ko tak pernat tengok, tapi ko percaya hati nabi sekeras itu. Again, have more confidence dengan kebaikan Nabi. Percaya yang Nabi sendiri ingin tengok ko bahagia dengan semua orang walaupon ko gay dan sentiasa hidup melakukan kebaikkan. Boleh kan kita hidup bahagia walaupon berbeza asalkan kita bersangka baik dengan Pencipta dan semua orang.

Do not afraid being different. 
Kita berhak bahagia di dunia mahupon akhirat.
Dan bahagia itu bukan pada orang lain tapi terletak dalam diri kita sendiri.

Ayuh ... be happy .. be different !!