Saturday, 29 July 2017

Cari ..

Sebagai seorang lelaki gay, apa yang sebenarnya ko cari dalam hidup ini?

Persoalan yang sangat biasa dikalangan gay terutamanya di tempat2 yang penerimaan terhadap homoseksual sangat lah rendah. Aku tanya lagi, orang sekeliling ko wont allow you to be gay, so where are you heading to, guys ?  

Ramai yang stuck ... kata mereka ini adalah dugaan Tuhan. Tuhan tak bagi kesusahan melainkan bersebab. Dan pada mereka, sebab mereka menjadi gay adalah ujian untuk masuk syurga. Ini adalah jihad yang ulung dalam jalan menuju Illahi.

Then ... kalau ko masuk syurga, will you be straight ? 
Or Tuhan akan tukar pendirian Nya untuk menghalalkan jimak antara lelaki ?
Susah kan .. menjadi gay ni, tiada kepastian di dunia dan juga akhirat.
Jadi balik semula kepada soalan aku, apa yang korang sebagai gay cari dalam hidup ini?

Sesetengah gay pula .. mereka confused. Tak tahu apa yang dicari tetapi menuruti hawa nafsu. This is who I am kata nya. Maka berpasangan la mereka di muka bumi sedari hakikat songsang itu bertentangan dengan prinsip kepercayaan mereka. Ahhh ... lantak lah. Nanti satu hari, aku akan berubah juga. Kembali kepada fitrah Tuhan, meninggalkan segala yang durjana ini. Mereka monolog sendirian, sambil jari jemari menggapai laci, di cari kondom yang berbaki semalam. Perisa buah ciku pulak malam ni. KY Jelly jangan dilupa kang melecet, buasir sebulan. Sesudah 10 minit di pentas aksi, maka penyesalan datang berkumandangan seakan-akan lagu raya Musafir di Aidilfirti dendangan S.Jibeng. Putara roda kehidupan ini diulang-ulang, entah sampai bila. Apa yang dicari ... tidak juga ketemui. 

Sedikit gay merasakan mereka tahu apa yang mereka cari. Kata mereka, bagaimana aku dilahirkan gay, begitulah aku akan hidup. Biarpon mereka tahu Tuhan menentang. Diteguknya tequila sambil fikiran melayang rakus .. sambil berkata, ini Tuhan yang sebenarnya. Mereka bukan tidak percaya pada yang di Atas. Mungkin mereka marah. Ibarat anak kecil yang memberontak. Mereka percaya, mereka sayang Pencipta tetapi mereka kecewa dan meminta perhatian. Asas nya mereka tahu apa yang mereka cari dan mahu, tetapi mereka rebel kerana yakin tidak mungkin mereka akan mendapat apa yang mereka cari. 


Begitulah lumrah, menjadi minoriti. Bila golongan homoseksual di samakan dengan dosa rakyat Sodom dan Gomorrah, apa yang tinggal hanya lah penghinaan dan penolakkan. Salah Tuhan kah ? Salah sejarah kah? atau salah kitab kah? Tidak ada jiwa yang minta dilahirkan sebagai hetero ataupon homo seksual. Tidak boleh kah manusia yang darjat nya diangkat tinggi lantaran kebolehan akal nya ini menerima ini sebagai anugerah Yang Esa yang tiada cacat cela nya. 

Kita menindas orang lain melalui pemikiran yang linear. Kita sentiasa merasa lebih baik dan benar berbanding orang lain. Kita memaksa orang lain menerima ideologi kita. Kita menghukum orang lain yang berbeza. Kita merasa kita berhak masuk ke dalam syurga. Itu lah yang kita cari dalam hidup ini, kata mereka. Tuhan memberi redha kepada kita dan mereka yang tidak senada, tidak seharusnya duduk bersama kita atas muka bumi ini. Sekurang kurang nya aku percaya, dalam hati setiap daripada mereka ada notasi begini. Kalau tidak, masakan gay dihentam kiri kanan atas bawah seolah2 menjadi liabiliti pada mereka yang merasakan berada pada landasan yang betul.

"Kalau Tuhan nak bagi bala, Tuhan tak bagi kat hangpa saja, tuhan bagi semua. Sebab tu kami tak boleh terima gay" ... 

Tidak ada beza mereka dengan kisah Sodom dan Gomorrah dalam versi straight ... dan ye, gay pon tak semestinya baik.

Maaflah sekadar bercerita apa yang terlintas. Sekadar berkongsi rasa, rasa seorang insan gay yang tidak ada kena mengena dengan semua perkara yang disebut di atas. Haha. Nu'man bukan macam Ramai, Sesetengah atau Sedikit gay dalam naratif ini .. Nu'man juga bukan rebel terhadap mereka seperti Kita.


Tidak ada kepentingan seorang gay seperti Nu'man untuk kisah akan perihal gay yang lain. Apatah lagi yang straight, dengan nada kasar nya .. mampuih pi la kat hangpa. Hahaha. Cuma sedikit rasa sayang barangkali bila dalam survival kita yang lama dekat dunia ni, ramai yang masih belum tahu, apa yang dicari mereka. Dengar2, kata mereka kebahagiaan la yang dicari. Tetapi tidak tahu untuk bahagia. 

Mungkin bahagia itu bila ...
Dia : Seronok kan bila berdua bergini .. mengadap langit di malam hari, dengan pandangan membelah bintang bintang di ruang udara ..
Nu'man : Jadah nya ayat macam pukey ayam ni ..
Dia : Bila ada awak, saya rasa bahagia sangat. Saya rasa Tuhan telah melengkapi hidup saya dengan memberi awak seadanya ... (sambil dipicit hidung Nu'man lalu tangan digengam erat)
Nu'man : Hurmm ..langit dah kelam tu .. hari nak hujan. Lagi banyak awk bercakap, lagi cepat petir turun. Jom balik ..

Maka si dia dan Nu'man bangun lantas menepuk2 seluar masing2 yang agak kebasahan .. basah embun malam. Berjalan lah mereka berdua menuju rumah yang sepelaung saja ..menyelusuri sungai nan indah .. sesekali mengusik, bergurau senda ..dan juga mengomel

Nu'man : Hmmm balik ni nak kena masak pulak. Bakpo lah dapat laki malas dan tak pandai masak langsung. Jenuh la kita google resepi kat Internet hari2 ... demnnnn 
Dia : Padan mukaaaaa ...kekekekeke

Seperti itik serati pulang petang, kelibat mereka semakin kabur daripada pandangan ... sudah sampai ke rumah barangkali ..rumah yang kekal abadi, rumah yang letak nya dalam rahmat Tuhan ..syurga yang tidak pernah kurang nikmat nya ...

Mungkin bila fantasi seperti ini menjadi realiti .. itu lah antara sisipan bahagia yang kamu dan kamu cari ... dan bukannya dogengan dan fitnah dunia yang ada pada hari ni.
So guys .. dah tahu ke apa yang di cari dalam hidup ni ?
Ayuh ..share la .. jangan cakap nak cari threesome .. gang bang bagai dah la ..terus burung ababil datang musnahkan blog Nu'man. Sarang maksiat kate nya ..haha.